Pada tahun ini, saya diterima masuk ke USM dan dikehendaki menetap di asrama
yang telah ditetapkan selama satu sidang. Oleh itu, saya telah ditempatkan di Desasiswa Saujana yang merupakan kediaman yang
agak baru digunakan. Walaupun lokasinya agak jauh dari pusat pengajian saya, namun keadaan biliknya benar-benar memenuhi citarasa
saya.
NIAT
Sejak kali pertama melihat bilik ini, saya begitu bersemangat untuk menghias
dan mengemas bilik ini. Ini kerana keadaan bilik ini masih lagi baru dan cantik. Lagipun saya boleh menjadi pereka dalaman
untuk bilik saya sendiri. Semangat inilah yang telah menyemarakkan lagi NIAT saya untuk menjadikan bilik ini sebagai
tempat yang selesa untuk saya diami selama setahun menetap disini.
AKTOR
Sebagai seorang pereka dalaman, saya perlu
mempunyai semangat yang tinggi didalam diri saya. Rakan-rakan dan keluarga turut memberi dorongan supaya saya dapat menjadikan
tempat ini sesuai untuk saya belajar.

LAKU
Untuk memastikan apa yang saya niatkan berjaya, saya perlu menyediakan beberapa
barang seperti cadar, sarung bantal, alas lantai dan sebagainya terlebih dahulu. Kemudian bilik mestilah dibersihkan dengan
menyapu dan mengelap habuk dan kotoran yang ada. Setelah selesai, barulah saya mula memasang cadar, meletakkan alas lantai
dan menghias apa yang patut.
ATURAN
Setiap apa yang dilakukan pasti ada peraturan yang perlu dipatuhi. Begitu juga
apabila saya ingin mengemas dan menghias bilik ini. Terdapat beberapa peraturan yang perlu saya patuhi. Antaranya, saya tidak
dibenarkan mengubah kedudukan perabot didalam bilik ini. Perabot-perabot juga mesti dijaga dengan baik. Saya tidak boleh menampal
apa-apa di dinding, jadi ruangan untuk saya hiasi adalah terhad. Ini sesuai dengan keadaan saya sebagai pelajar yang mementingkan
konsep simple dan ringkas.
HASIL
Setelah selesai melakukan semua tugas, saya lihat bilik saya benar-benar telah
bertukar wajah. Bilik saya kelihatan lebih selesa,kemas dan ceria untuk saya diami. Sememangnya saya amat berpuas hati dengan
hasil kerja saya kerana niat saya akhirnya tercapai jua.
TAPAK
Tapak adalah asas yang diperlukan sebelum melaksanakan sesuatu niat. Begitu
jugalah dengan niat saya ini. Sebagai seorang pereka dalaman, tapak yang diperlukan ialah sebuah bilik yang telah lengkap
dengan perabot seperti meja, katil, almari dan sebagainya.
******************************************************
TUGASAN 20 JULAI 2005
Sebagai seorang aktor dalam alam bina, saya perlu melakukan sumbangan saya. Dari perspektif
pereka dalaman, saya boleh mempraktikkan hiasan yang simple dan menjimatkan. Saya tidak perlu meletakkan sesuatu yang tidak
perlu. Sebagai contohnya, saya tidak perlu meletakkan lampu hiasan jika pencahayaan sudah mencukupi didalam ruang tersebut.
Disamping itu, saya boleh menggunakan jenis lampu yang dapat menjimatkan tenaga elektrik. Dengan cara ini, saya dapat membantu
menjimatkan wang dan sumber tenaga kita. Pendirian diri dan disiplin amat penting untuk memastikan saya dapat menyumbangkan
sesuatu kepada alam ini.
************************************************
TUGASAN 3 OGOS 2005
BANGUNAN
In english, it meants building, house or anything that have a similar structure. It is also known
as the constructing of houses and a permenant build structure that can be entered. In the other words, build is define as
to construct by putting parts or material together.
BINAAN
In english, it meants construction, where we can make it by placing parts together. The words
construction itself is from [con-,+ Latin words structum] bring the same meaning as built.